Blogger aku ini hanyalah sebuah penulisan yang menceritakan kehidupan aku, perkara-perkara yang berlaku disekeliling aku, orang-orang yang terdekat dengan aku dan apa sahaja yang terllintas dalam fikiran aku. Segala yang ditulis disini hanyalah sebuah nukilan yang mencerminkan perjalanan kehidupan yang tidak di duga yang membuktikan kebenaran hukum alam bahawa kehidupan setiap insan adalah berbeza-beza. Diharap anda semua terhibur dan mendapat manafaat dari ruangan ini.. Wassalam.

Thursday, January 31, 2008

CiNta

Assalammualaikum W.B.T & Salam Sejahtera,


Haiii semuaaa.. Erm... topik hari ini... adalah CINTA atau LOVEEED.. WOOWWW!!! adakah anda sedang bercinta? dilamun cinta? baru putus cinta? atau apa sahaja yang berkaitan dengan CINTA... Hehehe.. topik nie agak sensasi sebenarnya sepanjang aku dalam dunia virtual realiti ni.. alaaa.. dunia, orang kata apa... dunia alam cyber...!!!



OK, So far la sekarang nie...berapa ramai diantara korang yang pernah berCINTA? camner best ker berCINTA nie? Ermm..?? apa...?? Ooo.. mesti lah!!, yang tengah bercinta tentulah kata "WOW..bahagianya, dunia ini ana yang punya..!" tapi bagi yang baru putus cinta mesti cakap "adei TENSIONNYA AKU!!!" atau yang keras hati sikit "ala apa ada hal ramai lagi la..!! aku boleh cari lain la..!!" dan yang tak pernah bercinta akan cakap "best ker??buang masa aku jer!" so banyak dan bermacam2 yang korang akan rasa, betul tak..

jeng..jeng..jeng........!!!

Menegenali apa itu cinta?
Konpem ke aku bercinta?
dan
Macamana nak jaga CINTA?


Wah..wah..wah....!!! macam mencari cinta la pulak ya... :) hehe..

Ok la kengkawan segmen kita yang pertama..mengenali cinta..

Camner nak kenal cinta??adei susah nie..sebab soalan tu agak pening nak jawap...tapi ramai yang kata cinta itu buta!!!hehehe..korang tak dengar lagu ker??lagu rock ada, lagu jiwang ada, cerita puteri pun ada.."kalau benar cinta itu buata siapakah pula mangsanya.." hehe .. lag. la tu.
Cinta nie berlaku bila timbulnya rasa hormat,mengambil berat dan rasa kasih dan sayang pada seseorang. Ramai kawan2 kita yang kat luar sana tu yang dah tersilap..sebab apa apabila kita menyintai seseorang kita adakala memang perlu berkorban tapi pengorbanan tu biarlah ada batasan..jangan lah sampai "If you love so you must tuuttttt..with me! if you are not willing too that mean you dont love me!!" huhu.. itu semua tak betul,jadi berhati-hati lah..k.

Cinta lahirnya dari hati.. tetapi jika cinta melebihi iman.. dia akan bertukar menjadi ciuman... jadi ingat2lah dan berwaspada semua.. :)

Segmen kedua, konpem ker aku bercinta??

Secara ringkasnya cinta ni sememangnya ada mcm2 jenis..sebab apa dia bergantung pada individu tu sendiri...yer la..laen orang laen orang laen hatinya..laen orang lain sulam nya... so gitu gak ngan cinta nie dia ada still ada effect.. korang penah tak bila korang duduk lepak2 kat kedai ker, kat Mall ker bila terpadang sorg awek atau mamat ni tiba2 hati org jd macam cair...korang cakap pergh...ayunya awek nie..atau korang cakap pergh macho dan segaknya mamat nie.. pehtu dengan automatil mata korang tak bekedip ni usha jer awek tu sampai dia hilang..hati tu la rasa macam aku nak pergi la jumpa awek/mamat tu(tapi segan)..bila dah hilang korang rasa aduh ruginya...itu jam hati korang rasa laen macam sikit..ibarat kalo seorang perokok tu lepas makan x dapat rokok..camner rasa..aaa...lebih kurang cam tu la... HEhehe..ok yang berlaku kat korang tu sebenarnya boleh dikatakan la, CINTA pandang pertama..atau aku panggil secara peribadi "cinta datang dan pergi!!"
bukan senang ooo.. nak kena shoot dengan CINTA pandang pertama nie..

Contoh yang kedua(kebiasaannya berlaku)

Bila korang berkenalan dgn seorg wanita atau jejaka..mula2 keluar saja2 just kawan2..lepastu lama sikit keluar mkn2, tngok wayang dan makin lama makin kerap.. korang dan si dia jugak saling menghubungi, korang dah mula berkongsi masalah dengan si dia, masing2 dah bercerita A to Z pasal keluarga dan life masing2 tapi korang tak pernah pun sebut "aku Cinta Padamu" dannnnn sehinggalah...tiba2.. satu hari si dia takder contact korang.. korang pun mula rasa rindu nak dengor sorenya..rindu nak tengok wajahnya.. bak kata sumer rindu... itu tandanya dah jatuh CINTA....!!:) Huhuhu..Tapi yang makan tak lalu, mandi tak basah, tido tak lena tu bukan jatuh cinta lagi tapi dah ANGAU...Hahaha.. :))

Ok cukupla dua contoh nie.. karang korang tido pulak... :q

Segmen yang terakhir iaitu yg ketiga, macamana nak jaga cinta?

Alahai lecehnya cinta pun nak kena jaga jugak ker??? isk3.... hehe.. mesti la kita kena jaga kawan !! kalau tak nanti korang kena nyanyi lagu Ezleen la.. hai hai bye bye..

Nak jaga Cinta ni sebenarnya mudah ajer..jangan terlalu berat sangat memikir..tapi korang kena berfikiran terbuka untuk terima pandangan aku.. tetapiii... kalo korang tak moh ikut pun takper, diri masing2kan :)

Yang pertama nak jaga Cinta, mestilah bersikap jujur dengan pasangan, cthnya: nak keluar ngan kawan2 bagi tahu la si dia "awak esok kita nak keluar dengan kawan kita tau, keluar tengok wayang.." haa.. bagi tau jer lah.. baru la tade salah paham..

yang kedua, jangan lah terlalu mengongkong..yang bayak orang su"awak jangan buat tu jangan buat nie!awak jgn pegi situ jgn pegi sini!awak jgn keluar situ jgn keluar sini!"pergh macam2 la sampai orang kata "isk dia ni kalau aku pegi tandas pun nak ke bagi tahu jugak ke!!" kawan2 ku yang dikasihi sekelian.. pasangan kita nie pun manusia jugak bukannya robot pakai cas bateri still ada perasaan dan keperibadian.. jgn terlalu mengongkong sebab orang tak suka.. bila dah tak suka nanti timbul pulak rasa meluat (jadi ketuat :p)..bila dah meluat jadi pulak benci dan bila dah benci jadi unbreak my heart la pulak..

yang ketiga, banyakkan bersabar. Kita dengan pasangan kita ni memangla kekadang tu tak sebulu.. "kau suka keju aku suka singkong", "sedangkan lidah lagi tergigit apakan pula suami isteri"(itu yang dah kawin tu) inikan pulak kita nie yang masih ngok ngek ngok ngek bercinta.. jadi banyakkan bersabar.. anggap lah apa yang berlaku sebagai orientasi(proses suai kenal).

ha...yang keempat nie penting bertolak ansur. Bertolak ansur nie kalau korang nak
tahu bukan sahaja dapat mengelakkan daripada berlakunya pergaduhan malah ia juga dapat merapatkan kemesraan di antara pasangan tu. Aku rasa semua orang dah tahu maksud bertolak ansur nie, so tak perlu la aku terangkan lagi. Cuma satu saja pesan tok guru, korang mesti la meletakkan first thing first dalam bertolak ansur nie...cthnya, kalo ada duit ngam2 untuk beli baju atau makanan.si dia nak baju atau seluar dan yg korang pulak nak makanan.. beli la makanan dulu, kalau korang tak makan tak ada tenaga.. kalau tak ada tenaga camner nak balik rumah, karang tak pasal2 tido kat tepi jalan.. kuikuikui..

Sekian saja untuk episod CINTA.. sehingga berjumpa lagi, byeee...

Nak rest jap... -_-

Tuesday, January 29, 2008

Tekanan [stress]

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,



Apa khabar semua? uhuk..uhuk.. erm.. batuk sikit... OK, kali ni aku nak berkongsi dengan korang mengenai tekanan atau tension atau stress atau jiwa kacau dan macam-macam lagi lah namanya.

Aku juga sememangnya yakin dan percaya yang korang semua mesti pernah stress kan, tak kira lah samada di tempat kerja, dirumah, didalam kereta dan sebagainya. Ermmm... Macamana agaknya nak hilangkan tekanan nie ya???

Meh sini aku kongsi sikit apa yang aku tahu..Jika kita nak hilangkan tekanan kita kena tngok jugak situasi tu, mengapa kita tertekan..Ok, aku bagi satu contoh tekanan di tempat kerja:"kena marah dengan bos pagi-pagi" aku boleh konpem pekara macam ni yang korang paling tak suka sekali. Mana taknya tak ada angin tak ada ribut baru sampai ofis dah kena sembur!Ok bila korang berhadapan dengan situasi ini mesti korang satu hari tu kerja macam takder mood jer betul tak??

Cara-cara terbaik untuk atasi stress seperti contoh yang aku bagi tu senang jer sebenarnya..

1. Lepas kena ceramah pagi tu korang pergi la bilik air cuci muka..itu langkah pertama

2. kemudian cuba cari air suam(bukan air gula atau air tin) minum air suam, aku amat galakkan kalau korang bawak airpergi opis...buat apa nak malu tul tak..lepas cuci muka,minum air masak suam

3. pergi kat tempat korang duduk tenangkan fikiran dan tarik nafas pelahan-lahan ulang la 3-4 kali.

4. Kemudian kalo ada radio kat situ dengar radio tapi jangan kuat sangat pasang ,volume tu biarlah sesedap telinga mendengar.

5. Korang jugak mestilah belajar berfikiran positif..kalu kena marah pasal benda yang korang raser "isskk...bos aku nie!!bukan salah aku nak marah-marah aku pulak!!" korang kena ingat setiap suatu perkara yang berlaku ada hikmahnya..Tuhan takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..So..korang anggap mungkin pagi nie korang knea marah esok lusa mungkin hikmahnya BOS naikan GAJI $$$(up-up an away)..WOWW!! best tu!!!!

6. dan korang juga amat digalakkan berzikir,bertasbih dan bertasmik kalau-kalau api kat kepala tu dah meletup-letup rasa macam nak makan jer BOS tu..

InsyaAllah
kalau korang amalkan petua nie korang akan dapat atasi masalah tekanan di tempat kerja..

Aku nak bagi satu nasihat untuk korang, kita kena kurangkan bersembang isu-isu tak puas hati tentang bos di tempat kerja dengan rakan-rakan kerja sebab itu akan mengeruhkan lagi tekanan dalam diri korang dalam korang tak sedar(betul aku tak tipu!!)..Sebab tu la orang kata diam lebih baik dari bersuara :) dan kalau korang nak pergi kerja dengan bersemangat setiap pagi masa korang tengah siap-siap nak pergi kerja, kalo ada anak tengok-tengok la muka anak dulu,tengok muka bini atau suami, ingatlah yang korang nak mencari rezeki yang halal untuk keluarga.Rezeki yang yang halal adalah rezeki yang diberkati Allah,rezeki yang diberkati akan menjadi rahmat kepada keluarga korang, keluarga yang dirahmati adalah keluarga yang bahagia dan berjaya..So tengok ahli keluarga korang dan renung-renungkan samada korang nak bagi rezeki yang halal yang Allah berkati atau yang sebaliknya?Itu salah satu cara memotivasi kan diri bagi mereka yang dah berkahwin..

kalo yang masih bujang tu..just imagine nak bayar sewa rumah,sewa kereta, nak kahwin atau nak tukar kereta baru..bila kita ada motivasi kita kena ada misi kemudian laksanakan dengan penuh dedikasi...ini 3 kasi dari aku.. :p

InsyaAllah cuba amalkan dan kalau korang ada nak kongsikan dengan aku boleh la email aku dn tolong comment camner rasernya bila korang dah cuba hint-hint yang aku bagi,k.

Selamat mencuba.

Monday, January 28, 2008

Salam perkenalan!!!


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Apa khabar bro and sis? aku harap korang sihat2 la hendaknya.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah blogger aku untuk ditatap... OK la, sebelum aku meneruskan blog aku nie..aku just nak bagi tahu apa yang aku tulis dalam blog nie hanyalah satu perkongsian yang berlaku disekeliling aku dan orang-orang yang terdekat dengan aku, so aku amat harap sangat dari bro dan sis dapat memberi komen yang membangun supaya aku dapat tingkatkan mutu penulisan aku nie.

Terima Kasih buat Semua


SUAMI PEMALAS


SUAMI PEMALAS!!! Erm...apa pandangan korang terhadap suami pemalas ni?ahaaa... mesti macam-macam yang bermain dikotak fikiran korangkan.. :) Eheemmm... pekara nie pun berlaku depan mata aku sendiri sebenarnya. Aku ada kenal dengan seorang akak ni..simpati aku tengok keadaan dia dah la makan hati,hutang keliling pinggang dah macam tak terurus dah aku tengok.. JOM!!! aku ceritakan kisah dia secara ringkas. Akak ni dah berbelas tahun berkahwin.. suami dia baru lepas berhenti kerja, ada la dekat 3-4 bulan. Punca si suami nie berhenti sebab kantoi dengan bos bercinta dengan staff ofis, oleh sebab dek malu dengan bosnya, mana taknya anak dah berderet-deret, kerja pulak ntah kemana. So si suami nie tadi pun amik keputusan ringkas dan berhenti bekerja. Segala duit gaji semua tak tahu kemana..duit rumah bini dah bayar, makan minum bini dah bayar,pampes dan duit sekolah anak pun bini dah bayar, si suami ni cuma tinggal bayar duit kereta sajer itu pun sangkut sampai 3 bulan, kereta pulak dah kena tarik!. Aku nie bukan la seorang yang busy body hal orang lain(memang aku takder masa pun) cuma bila akak ni dah story kat aku, aku pun dengar jer la(orang nak lepaskan tekanan). Si suami nie hari-hari talifon ganggu waktu dia bekerja suruh cari duit bayar duit kereta... nak pinjam dekat ALONG dah pinjam dah skang nak kena bayar pulak kat ALONG tu. Sekarang ni pulak suami dia suruh pinjam lagi, tak nak la akak tu.. bahaya OOOoo.. kang tak dapat bayar body tergadai anak pun selesai. Akak nie kalau korang jumpa dah macam tengkorak hidup!!! kesian aku tengok dia.. mana taknya hari-hari berlapar dan serabut memikir macamana nak bagi anak-anak makan. Si suami ni dah la tak kerja dok melepak goyang kaki dekat rumah, hari-hari pau duit makan dan duit rokok, makan tak nak masak nak makan kat luar! Macam-macam lagi la perangai si suami nie, kalau aku nak cerita memang banyak penuh page nie pun boleh kot... tapi aku bercerita sekadar berkongsi serba sikit perihal suami pemalas nie.. so, aku harap kalau ada la lelaki-lelaki atau jejaka-jejaka di luar sana jadikan la kisah ni suatu sempadan. Kita nie lelaki bukannya nak isteri takut pada kita tapi kita nak isteri tu hormat dan sayangkan kita.. Sebagai kaum adam kita kena la tunjukkan karisma kita kalau tak mampu bagi kemewahan bagi la sekadar yang termampu "jangan asyik duduk tanpa usaha dan hanya tahu salahkan takdir, kenapa aku miskin!". Bagi kaum hawa yang baca ruangan nie pula, bukan semua lelaki macam tu cuma segelintir sahaja so janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..

Aku harap korang dapat iktibar dari kisah nie.. kesimpulan nya kalau nak berjaya jangan hanya menunggu.. kena la usaha.. Yang perkara-perkara yang wajib
kita dulukan yang lain sekadar pemanisnya sahaja.

Sampai sini sajer kisah hari ini sampai kita jumpa lagi..

End.