Wednesday, March 12, 2008
Negara milik siapa dan tanggungjawab siapa?
SaLam semua...Kita semua dah tahu Pembangkang dah berjaya memerintah 5 buah negeri (Kelantan,Perak,Kedah,Pulau Pinang,Selangor). Banyak isu-isu yang dipertikaikan sehingga Kerajaan gagal mempertahankan kelima-lima buah negeri tersebut. Secara dasarnya memang aku sendiri pun sedih loh sebab Selangor gagal dipertahankan cuma ada gak beberapa aspek yang aku sendiri tak setuju dengan Kerajaan, tapi yang paling menyedihkan aku apabila Pulau Pinang ditawan DAP, nak salahkan siapa??dah itu yang rakyat Pulau Pinang pilih..so kena terima la.. PM sendiri pun silap jugak sebab terlalu yakin akan menang dan berani buat kenyataan "BN akan sapu bersih" ha..sekarang tengok kan betul-betul dah kena sapu bersih.Diantara janji-janji Penasihat Parti Keadilan (Dato' Seri Anwar) yang harga minyak dan barang-barang akan turun..so sama-sama la kita tunggu dan lihat samaada benar atau pun tidak..Kat sini aku nak ajak korang berpikir sama-sama dengan aku..ya la walaupun Pilihanraya dah tamat tapi kehidupan kita sebagai rakyat Malaysia masih akan terus berjalan. Macam aku sendiri aku tak berapa kisah sangat zaman aku yang aku kisahkan sangat adalah zaman anak-anak dan cucu cicit aku apa akan jadi pada masa depan mereka kelak?? Boleh dikatakan majoriti negeri-negeri yang kalah sebab ramai pengundi-pengundi yang tidak turun mengundi dan paling memeranjatkan aku ada yang cakap dengan aku "ala itu semua tak penting..nanti kalau agak-agak Malaysia nak ditakluk org lain baru lah kita pergi mengundi" erm..kenyataan dorang nie memang megkonpiuskan aku.Ya la macamana dorang nak tahu bila keadaan genting tu?sebab kalau dah lepas Pilihanraya dah tentu la dorang dah terlewat! dan yang paling kelakar sekali sorang member aku nie,tapi dah berumur la..aku cakap dengan dia sekarang DAP bergabung dengan Parti Gabungan, tapi andaikata satu hari dorang nak berpecah pulak..kan terang-terang Pulau Pinang akan terus kekal bawah Permerintahan DAP. Member aku sorang lagi ni kata "berani dorang buat macam tu!kalau nak jadi kes 13 Mei,buat la!" haha..alo kawan...sekarang bukan zaman Hang Tuah lagi,pergi ke pekan ikut hutan berkaki ayam..sekarang zaman Teknologi!!kalau kita pakai keris,lembing dan parang dorang pakai Stayer,bazooka dan bom..kita menunggang kuda dorang bawak kereta kebal boleh ke menang? So kita kena berfikir dan mengunkan teknologi..tapi pada aku senjata yang terbaik adalah perpaduan..Aku tak menafikan bahawa banyak korupsi dalam sistem Pemerintahan Kerajaan. Birokrasi pun terlalu banyak yg diamalkan oleh Pegawai-pegawai atasan kerajaan sehingga menyebabkan rakyat mula tawar hati. Aku sendiri pun dah alami semua perkara tu cuma aku tak nak ambil jalan pendek kita kena fikirkan generasi kita. Sejauh manakah kemampuan Kerajaan dan Pembangkang memberi kemajuan dari segi Moral,Pembangunan dan Teknologi Malaysia? cuba kita nilaikan. Jangan gunakan emosi gunakan akal..Ok..dah panjang aku menaip..tapi sebenarnya banyak lagi aku nak kongsi khususnya mcmana cara nak turunkan harga barang.Aku boleh bagi pandangan bila korang tanya aku kelak. Skunk ni, aku nak tanya korang beberapa soalan..dan aku harapkan ada feedback dari korang sebab aku nak penuhkan research aku..lagi banyak dan lagi ramai lagi bagus..Soalan-soalanya:1. Apa yang korang harapkan dari Kerajaan dan Pembangkang?2. Sejauh manakah dunia Internet memainkan peranan dalam menguasai minda rakyat?3. Siapa yang harus diubah Parti atau Pemimpin?4. Bagaimana nak mengecapi kemajuan negara tanpa berlakunya perpecahan kaum?5. Adakah rakyat dan negara benar-benar bersedia menghadapi serangan dari negara luar sekiranya kita tidak bersatu?Ok la my Fren, 5 soalan jer aku nak tanya..harap dapat feedback dari korang semua..kalau ada member-member yg ada idea yg bernas dan terbaik suruh la dia reply,kita berkongsi sama-sama.Salam, -EnD-
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment