
Mahmoud Ahmadinejad, erm.. di antara korang mesti ada yang tertanya-tanyakan "siapakah pemilik nama ini?". Kalau korang nak tahu Mahmoud Ahmadinejad adalah seorang President Iran(sekarang). Kenapa aku letak nama beliau kerana dia beliau merupakan salah seorang Preident(Perdana Menteri) yang paling aku hormati.
Keperibadian, kesederhanaan, sifat rendah diri dan perjuangan beliau dalam Islam sangat mengkagumkan aku.
Jom sama-sama kita tengok profil dia...
Nama Penuh : Mahmoud AhmadinejadTarikh Lahir : 28 Oktober 1956
Tempat Lahir :Aradan, Iran
Adik Beradik : 7 orang
Kelulusan : Master's Degree dan Ph.D Civil Enginering
Itulah serba sikit biodata Mahmoud Ahmadinejad..Korang tahu tak sewaktu beliau bertanding untuk menjawat jawatan President, beliau tak keluar duit dengan banyak..lagipun banyak mana anak seorang tukang besi ada duit.Errmm.. Boleh dikatakan keseluruhan proses bertanding banyak di bantu oleh orang ramai, badan2 korperat dan dikalangan pihak masjid.
Beliau juga merupakan seorang yang lantang bersuara dalam menentang Israel(yahudi)..Ha..sebab itu la si yahudi ni gunakan Amerika dengan propaganda yang Iran buat senjata nuklear!Sedangkan Israel memang nak hapuskan musuh no.1 dia..dan kalau korang nak tahu Israel jugak melabelkan Beliau sebagai waris Hitler.
Antara kisah sedih, bapa beliau telah dijatuhkan hukuman gantung di khalayak ramai atas tuduhan membunuh isterinya.Tapi Beliau sendiri menyatakan itu tidak benar kalau korang baca memang kesian..
Mahmoud Ahmadinejad walaupun telah bergelar PRESIDENT tapi cara hidup sangat serdehana, tak seperti Menteri di Negara-negara lain yang hidup penuh dengan kemewahan..




Ini baru sikit korang tengok kehidupan seorang Preident negara iaitu Mahmoud Ahmadinejad..Dekat rumah dia pun bukanya ada meja, perabot, sofa,nak makan pun atas tikar plastik. Pemimpin macam ni la yang aku rasa layak digelar pemimpin berjiwa rakyat..
Bukan macam pemipin sekarang ni.tak kira la yang mana-mana..sama sajer semua..cerita gedebak gedebuk Islam sana Islam sini..ahhh...maleh la aku nak cakap pasal dowang bukan dapat duit pun..buat semak kepala jer..!
So kalau kita nak berjuang ikut la contoh dan teladan yang betul..jangan kita ingat mudah nak jadi pemimpin..sebab bak kata Mahmoud Ahmadinejad, duit kerajaan semua duit rakyat, dia tak ada hak..gunakan hanya semasa mentadbir negara bukan utk beli kereta!!
Erm..ok la aku pun dah nak gerak ni ada hal sikit..kalau korang nak tahu kisah lanjut Mahmoud Ahmadinejad ada berlambak dalam internet taip jer nama dia keluar semua nanti..
Sampai jumpa lagi semua..
Wassalam.




