Blogger aku ini hanyalah sebuah penulisan yang menceritakan kehidupan aku, perkara-perkara yang berlaku disekeliling aku, orang-orang yang terdekat dengan aku dan apa sahaja yang terllintas dalam fikiran aku. Segala yang ditulis disini hanyalah sebuah nukilan yang mencerminkan perjalanan kehidupan yang tidak di duga yang membuktikan kebenaran hukum alam bahawa kehidupan setiap insan adalah berbeza-beza. Diharap anda semua terhibur dan mendapat manafaat dari ruangan ini.. Wassalam.

Tuesday, January 29, 2008

Tekanan [stress]

Assalammualaikum & Salam Sejahtera,



Apa khabar semua? uhuk..uhuk.. erm.. batuk sikit... OK, kali ni aku nak berkongsi dengan korang mengenai tekanan atau tension atau stress atau jiwa kacau dan macam-macam lagi lah namanya.

Aku juga sememangnya yakin dan percaya yang korang semua mesti pernah stress kan, tak kira lah samada di tempat kerja, dirumah, didalam kereta dan sebagainya. Ermmm... Macamana agaknya nak hilangkan tekanan nie ya???

Meh sini aku kongsi sikit apa yang aku tahu..Jika kita nak hilangkan tekanan kita kena tngok jugak situasi tu, mengapa kita tertekan..Ok, aku bagi satu contoh tekanan di tempat kerja:"kena marah dengan bos pagi-pagi" aku boleh konpem pekara macam ni yang korang paling tak suka sekali. Mana taknya tak ada angin tak ada ribut baru sampai ofis dah kena sembur!Ok bila korang berhadapan dengan situasi ini mesti korang satu hari tu kerja macam takder mood jer betul tak??

Cara-cara terbaik untuk atasi stress seperti contoh yang aku bagi tu senang jer sebenarnya..

1. Lepas kena ceramah pagi tu korang pergi la bilik air cuci muka..itu langkah pertama

2. kemudian cuba cari air suam(bukan air gula atau air tin) minum air suam, aku amat galakkan kalau korang bawak airpergi opis...buat apa nak malu tul tak..lepas cuci muka,minum air masak suam

3. pergi kat tempat korang duduk tenangkan fikiran dan tarik nafas pelahan-lahan ulang la 3-4 kali.

4. Kemudian kalo ada radio kat situ dengar radio tapi jangan kuat sangat pasang ,volume tu biarlah sesedap telinga mendengar.

5. Korang jugak mestilah belajar berfikiran positif..kalu kena marah pasal benda yang korang raser "isskk...bos aku nie!!bukan salah aku nak marah-marah aku pulak!!" korang kena ingat setiap suatu perkara yang berlaku ada hikmahnya..Tuhan takkan jadikan sesuatu itu dengan sia-sia..So..korang anggap mungkin pagi nie korang knea marah esok lusa mungkin hikmahnya BOS naikan GAJI $$$(up-up an away)..WOWW!! best tu!!!!

6. dan korang juga amat digalakkan berzikir,bertasbih dan bertasmik kalau-kalau api kat kepala tu dah meletup-letup rasa macam nak makan jer BOS tu..

InsyaAllah
kalau korang amalkan petua nie korang akan dapat atasi masalah tekanan di tempat kerja..

Aku nak bagi satu nasihat untuk korang, kita kena kurangkan bersembang isu-isu tak puas hati tentang bos di tempat kerja dengan rakan-rakan kerja sebab itu akan mengeruhkan lagi tekanan dalam diri korang dalam korang tak sedar(betul aku tak tipu!!)..Sebab tu la orang kata diam lebih baik dari bersuara :) dan kalau korang nak pergi kerja dengan bersemangat setiap pagi masa korang tengah siap-siap nak pergi kerja, kalo ada anak tengok-tengok la muka anak dulu,tengok muka bini atau suami, ingatlah yang korang nak mencari rezeki yang halal untuk keluarga.Rezeki yang yang halal adalah rezeki yang diberkati Allah,rezeki yang diberkati akan menjadi rahmat kepada keluarga korang, keluarga yang dirahmati adalah keluarga yang bahagia dan berjaya..So tengok ahli keluarga korang dan renung-renungkan samada korang nak bagi rezeki yang halal yang Allah berkati atau yang sebaliknya?Itu salah satu cara memotivasi kan diri bagi mereka yang dah berkahwin..

kalo yang masih bujang tu..just imagine nak bayar sewa rumah,sewa kereta, nak kahwin atau nak tukar kereta baru..bila kita ada motivasi kita kena ada misi kemudian laksanakan dengan penuh dedikasi...ini 3 kasi dari aku.. :p

InsyaAllah cuba amalkan dan kalau korang ada nak kongsikan dengan aku boleh la email aku dn tolong comment camner rasernya bila korang dah cuba hint-hint yang aku bagi,k.

Selamat mencuba.

No comments: