
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Apa khabar bro and sis? aku harap korang sihat2 la hendaknya.. Terima kasih banyak-banyak sebab sudi singgah blogger aku untuk ditatap... OK la, sebelum aku meneruskan blog aku nie..aku just nak bagi tahu apa yang aku tulis dalam blog nie hanyalah satu perkongsian yang berlaku disekeliling aku dan orang-orang yang terdekat dengan aku, so aku amat harap sangat dari bro dan sis dapat memberi komen yang membangun supaya aku dapat tingkatkan mutu penulisan aku nie.
Terima Kasih buat Semua
SUAMI PEMALAS
SUAMI PEMALAS!!! Erm...apa pandangan korang terhadap suami pemalas ni?ahaaa... mesti macam-macam yang bermain dikotak fikiran korangkan.. :) Eheemmm... pekara nie pun berlaku depan mata aku sendiri sebenarnya. Aku ada kenal dengan seorang akak ni..simpati aku tengok keadaan dia dah la makan hati,hutang keliling pinggang dah macam tak terurus dah aku tengok.. JOM!!! aku ceritakan kisah dia secara ringkas. Akak ni dah berbelas tahun berkahwin.. suami dia baru lepas berhenti kerja, ada la dekat 3-4 bulan. Punca si suami nie berhenti sebab kantoi dengan bos bercinta dengan staff ofis, oleh sebab dek malu dengan bosnya, mana taknya anak dah berderet-deret, kerja pulak ntah kemana. So si suami nie tadi pun amik keputusan ringkas dan berhenti bekerja. Segala duit gaji semua tak tahu kemana..duit rumah bini dah bayar, makan minum bini dah bayar,pampes dan duit sekolah anak pun bini dah bayar, si suami ni cuma tinggal bayar duit kereta sajer itu pun sangkut sampai 3 bulan, kereta pulak dah kena tarik!. Aku nie bukan la seorang yang busy body hal orang lain(memang aku takder masa pun) cuma bila akak ni dah story kat aku, aku pun dengar jer la(orang nak lepaskan tekanan). Si suami nie hari-hari talifon ganggu waktu dia bekerja suruh cari duit bayar duit kereta... nak pinjam dekat ALONG dah pinjam dah skang nak kena bayar pulak kat ALONG tu. Sekarang ni pulak suami dia suruh pinjam lagi, tak nak la akak tu.. bahaya OOOoo.. kang tak dapat bayar body tergadai anak pun selesai. Akak nie kalau korang jumpa dah macam tengkorak hidup!!! kesian aku tengok dia.. mana taknya hari-hari berlapar dan serabut memikir macamana nak bagi anak-anak makan. Si suami ni dah la tak kerja dok melepak goyang kaki dekat rumah, hari-hari pau duit makan dan duit rokok, makan tak nak masak nak makan kat luar! Macam-macam lagi la perangai si suami nie, kalau aku nak cerita memang banyak penuh page nie pun boleh kot... tapi aku bercerita sekadar berkongsi serba sikit perihal suami pemalas nie.. so, aku harap kalau ada la lelaki-lelaki atau jejaka-jejaka di luar sana jadikan la kisah ni suatu sempadan. Kita nie lelaki bukannya nak isteri takut pada kita tapi kita nak isteri tu hormat dan sayangkan kita.. Sebagai kaum adam kita kena la tunjukkan karisma kita kalau tak mampu bagi kemewahan bagi la sekadar yang termampu "jangan asyik duduk tanpa usaha dan hanya tahu salahkan takdir, kenapa aku miskin!". Bagi kaum hawa yang baca ruangan nie pula, bukan semua lelaki macam tu cuma segelintir sahaja so janganlah kerana nila setitik rosak susu sebelanga..
Aku harap korang dapat iktibar dari kisah nie.. kesimpulan nya kalau nak berjaya jangan hanya menunggu.. kena la usaha.. Yang perkara-perkara yang wajib kita dulukan yang lain sekadar pemanisnya sahaja.
Sampai sini sajer kisah hari ini sampai kita jumpa lagi..
End.

No comments:
Post a Comment