Aku nak minta pandangan korang adakah cara aku salah dan terlalu memanjakan anak?Aku belum berkahwin lagi tetapi aku ada sedikit percanggahan dengan kawan-kawan aku mengenai pendidikan anak.
Kawan aku dah berkahwin dan ada seorang anak jadi pandangan aku dikatakan salah.Aku harap korang tolong perbetulkan pandangan aku. Aku percaya pendidikan anak bermula dari dalam kandungan iaitu bermula dari kosong hari. Kerana aku ada membaca artikel mengajar anak dari dalam perut, dimana setiap ibu yang mengandung digalakkan membaca, mengaji dan menjaga hati. Setelah anak dilahirkan anak korang tentu akan dijaga dan di asuh, so konsep aku meskipun anak masih merah(1 hari)aku akan membacakan buku,bercakap,mengaji disisinya dan bercerita(tapi kawan-kawan aku cakap buang masa sebab anak tak paham!).Padaaku,aku ada 4 cara mendidik anak yang pertama meskipun anak baru berumur 2 tahun mesti memberi nasihat dan teguran sekiranya anak melakukan kesalahan.Aku tak setuju dengan cara didikan orang melayu dimana rata-rata yangaku jumpa anak melakukan kesalahan tetapi ibu bapa ramai yang bercakap "ala biarkan jer la masa kecik lagi takper, nanti dah besar faham la dia"(bagi anak yg berumur 4-5 tahun). Pada aku sekiranya anak tersebut dibiarkan melakukan kesalahan ini akan membentuk peribadi anak melakukan kesalahan sebagai "takper"(percanggahanaku dan rakan sebab anak kecik lagi).
Cara asuhan yg kedua sekiranya anak aku masih dengar tak mahu mendengar nasihat "tegur dengan tegas" dan jika masih degil jentik jari anak dan yg keempat rotan tapak tangan anak dengan tangan. Tetapi jika boleh aku tidaknak langsung menjentik apakan lagi merotan anak aku. Aku tidak bermaksud tidak akan rotan "I will but if I can I wont". Kawan-kawan akupulak kata cara aku salah kerana tak mahu merotan anak aku kelak, sedangkan aku dah bg tahu"aku akan rotan tetapi jika boleh aku tak mahu merotan". Adakah caraa ini salah? Aku ada seorang pakcik beliau mula mengajar anaknya Solat ketika anak tersebut berumur 1 tahun dengan cara mendukung anaknya untuk solat sunat. Hasil didikan beliau memberi pendedahan dan mengajar anak supaya Solat pada umur 1 tahun dan memberi ilmu, kini anak beliau telah khatam Al-Quran pada usia 5-6 tahun dan mula menghafal pada usia 7 tahun dan pada usia 9 tahun anak beliau telah digelar Al-Hafiz anak beliau juga selain pintar ilmu agama juga pintar berbahasa Inggeris dan sebagainya (Azan Ntv7 dan sekarang azan Tv3-anak beliau). Apabila aku mengkaji semula pada zaman nabi anak berumur 7 tahun telah digelar Al-Hafiz seperti Imam Syafie' dan telah menjadi rujukan. Lihat saja pada Saidina Ali baru berumur 17-18 tahun(kalau tak silap) telah menjadi Panglima Perang. Rakan aku pula mengatakan bahawa itu zaman dulu! zaman sekarang dah tak sama! zaman sekarang zaman moden anak-anak bebas ada internet dan sebagainya.. Bukankah zaman nabi juga ada masalah keruntuhan akhlak? bukankah semua zaman akan anda masalah yg sama? Salah kah jika aku katakan didikan orang melayu khususnya(kebanyakan) tidak betul. Jangan kata anak masih kecil umur 4-5 tahun dah besar sekolah rendah darjah 2, darjah 3 dibiarkan menunggang motorsikal tanpa lesen dan tiada helmet(kita selalu nampak). Mereka membiarkan anak melakukan kesalahan dan bila terjadi sesuatu jatuh, kemalangan baru anak tu dipukul kerana kemalangan(kecelakaan) tersebut. Adakah sikap anak ini berpunca dari perubahan zaman?
Aku percaya Islam adalah agama sepanjang zaman aku ada baca beberapa buku mengenai didikan anak mengikut cara Islam(betulkan jika salah) 3 tahun pertama anak harus dilayan seperti raja,3 tahun berikutnya memberikan didikan kepada anak dan 3 tahun yg berikutnya memberi anak itu ilmu.Akuamat berharap korang dapat memperbetulkan kesilapan aku, adakah aku yang salah seperti yang dinyatakan olehrakan-rakanaku kerana rakan-rakan telah pun mempunyai anak sedangkanaku masih berlum berkahwin?
www.free-iklan.com For free advertisement














